Friday 29 June 2012

Innalillah kpd Allahyarham Osman Kering~~

   Asslmualaikum uols....Rasanye,dah lme dya xupdate blog..rindu sgt3..ok laa.
kali ni nak cte tntg pemergian Allahyarham Osman kering..AL-FATIHAH buat arwah~
nmpknye,seorang demi seorang anak2 seni kite pergi meninggalkan kite utk selama2nye..yg tggal hnye lah
anak2 muda utk truskan perjuangan seni tanahair kite..ni petikan printscreen dr blog beautifulnara..credit kpd abg nara-

Innalillahiwainnaillahirajiunnn.. dr DIA kite dtg, kpd DIA kite pulang...AL-FATIHAH~

p/s: dlm sedih ade jgk gembira..nk cte sikitla tntg dya dpt berTWEET gn mak jemah tdy..even hanye 1 je die bls tp gembira kao!!!bukti(haha)-

OH MAK JEMAH<3<3








Sunday 24 June 2012

AARON AZIZ DAH JADY WARGA MALAYSIA UOLS...




    Asslmualaikum uols..ariny nak share sikit berita tntg AARON AZIZ y hensem 2..ala,yg jd abg haris dlm ombak rindu tulaaa...dgr cte, die dah jdy pemastautin tetap kt cni..bguslah if cmtu kan??jum bace same2..credit to paper kosmo on9-


   POPULARITI ada habuan kepada pemiliknya. Baik atau buruk, populariti menjadikan seseorang artis itu berada di satu tempat istimewa berbanding artis yang kurang popular. Seperti yang berlaku kepada Aaron Aziz, 36, sejak memenangi hati rakyat Malaysia sehingga bergelar Artis Paling Popular 2011, apa sahaja cerita terbaharu dirinya akan mendapat perhatian ramai.
Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, kini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron. Namun, perkara itu barangkali bukanlah lagi satu beban yang merunsingkan buat Aaron. Persoalan tentang status PR Aaron yang selama ini dibangkitkan bukan lagi satu tanda tanya.
Pertengahan minggu lepas, satu sumber Sensasi Bintang membongkar status permohonan PR oleh Aaron yang didakwa telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Turut dilampirkan dalam e-mel tersebut ialah salinan kad MyPR milik isteri Aaron, Diyana Halik. Jumaat lalu, Sensasi Bintang berjaya menghubungi Aaron Aziz untuk mendapatkan pengesahan.
Bercakap kepada Sensasi Bintang, kata Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.
"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.
"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron setelah meneliti semula gambar kiriman e-mel sebelum memberikan keterangan lanjut.
Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.
"Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah menepati syarat yang ditetapkan," katanya.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.
Sebagai rekod, Aaron sebelum ini mendakwa Malaysia dekat di hatinya. Itulah antara sebab mengapa pelakon yang hangat menerusi filem KL Gangster itu memohon PR. Pelakon yang berasal dari Singapura itu memohon taraf penduduk tetap pada Ogos 2011.
Populariti serta aura Aaron semakin mendapat perhatian usai menjulang anugerah tertinggi dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2011, April lalu, nama aktor sasa Aaron hangat dengan isu PR yang dipohonnya. Isu itu menjadi kecoh apabila kemenangan Aaron dipertikaikan Zed Zaidi yang ketika itu bercakap atas kerusi Timbalan Presiden Seniman itu meluahkan rasa kurang senangnya kerana pemenang anugerah berdasarkan populariti itu dimenangi pelakon warga Singapura.
Isu itu berlarutan sehingga memaksa Aaron bercakap soal status dan warganegara sehingga terkeluar berita bahawa permohonan PR olehnya sudah mendapat kelulusan dan sedang menunggu waktu untuk diambil daripada KDN. Namun, selepas berita itu disebarkan oleh portal Gua.com, Aaron dalam satu kenyataan menafikan pengakuannya tentang kelulusan status PR berkenaan.
"Sebelum ini orang pernah menyebarkan salinan kad pengenalan palsu saya. Kad itu yang sengaja dicipta untuk memburuk-burukkan saya. Sekarang salinan MyPR saya pula disebarkan. Saya rasa ini kerja orang dalam dan saya tidak tahu apa niatnya menjadi penyebar kepada dokumen sulit pihak lain," kata Aaron sedikit kesal tetapi berterima kasih kepada Kosmo!
Akhiri Aaron: "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anda dan Kosmo! disebabkan berusaha mendapatkan pengesahan daripada saya sendiri dan tidak menyiarkan gambar kiriman e-mel tersebut tanpa kebenaran daripada saya."

p/s: tahniah abg aaron..smlm best gler kot dpt drive laju2..hehe..b4 2, jum layan OFFICIAL MV BAWAKU PERGI NEY-

Ske MV ney sbb sweet gituuu...byebye..

Saturday 16 June 2012

   Asslmualaikum uols..ney ade ag 1 cte tntg my feberet actor iaitu JACKIE CHAN.. ekceli, dya memg minat kt jackie chan..suke sgt3 filem2 aksi die..xkire la filem lame or baru, sume best..macam kite semua sedia maklong, jackie chan ney sowg yg keras ati sikit sbb die nak wat sndiri aksi2 lasak cm lawan2, mlompat dr bgunan ke bgunan...sume die nak wat sendiri tnpa stuntman..smpai byk kali gak die cedera mase  shooting..really impress la wif him..paper ariny ade tulis yg die akan berlakon wat kali terakhir dlm filem aksi die..jum bace same2-


Filem aksi terakhir Jackie Chan
Susunan Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
2012/06/16

pix_gal0
TIADA lagi filem aksi buat Jackie Chan, malah Chinese Zodiac yang juga produksi ke-100 dibintanginya menjadi produksi aksi terakhir yang dijayakannya.

“Ia adalah filem adalah filem aksi terakhir lakonan saya,” kata aktor berusia 58 tahun itu pada sidang media yang diadakan di Cannes, baru-baru ini.
“Saya sering bertanya kepada diri, berapa lama lagi mampu bertahan? Saya bukan lagi muda. Saya sudah terlalu letih,” katanya disulami tawa, menterjemahkan peribadinya yang mesra dan mudah didekati.
Saya belum bersara. Cuma ini filem aksi terakhir saya tetapi saya masih lagi mahu berlakon. Saya berharap lebih ramai pengarah akan mendekati dan menawarkan saya watak dalam filem muzikal. - Jacky
Selain faktor usia, superstar antarabangsa yang sering melakonkan sendiri aksi lasak dalam filem yang dibintanginya juga mempunyai sebab lain mengapa dia mengambil keputusan itu.

Katanya, pengisian keterlaluan terutama di layar kaca dan perak mengubah dunia menjadi kejam lantas membuat dirinya tersepit dan terperangkap dalam dilema.

“Saya menyukai filem aksi tetapi saya membenci keganasan. Dunia hari ini menjadi terlalu ganas,” katanya berharap keputusan itu akan memperluaskan jenama Jackie Chan dengan menggalas watak lebih serius dan dramatik.

Sedikit demi sedikit, kata pelakon kelahiran Hong Kong itu, penonton akan lebih mengenali siapa Jackie Chan yang sebenar. 
“Saya tidak mahu cuma dikenali sebagai pelakon filem aksi, saya ingin khalayak melihat saya sebagai aktor sebenar. Saya mahu menjadi Robert De Niro Asia.

“Saya ingin keluar daripada imej yang selama ini melekat kuat dalam diri saya. Sejak 10 tahun lalu saya cuba mempelbagaikan lakonan seperti The Karate Kid, di mana saya selesa membawakan watak sebagai orang tua.

“Saya mahu audiens mengenali saya bukan sekadar menerusi watak aksi dan komedi kerana saya juga boleh berlakon,” katanya.

Popular dengan kepakarannya menggabungkan seni mempertahankan diri dan komedi slapstik, Chan ketika ini memegang rekod dalam Guinness Book of World Records sebagai pelakon paling banyak melakonkan aksi.

Memulakan karier lakonan sebagai pelakon lagak ngeri dalam filem Bruce Lee, Fist Of Fury (1972) dan Enter The Dragon (1973), Chan berkata, keinginannya itu bukan bermakna dia ingin berundur daripada dunia lakonan.

“Saya belum bersara. Cuma ini filem aksi terakhir saya tetapi saya masih lagi mahu berlakon. Saya berharap lebih ramai pengarah akan mendekati dan menawarkan saya watak dalam filem muzikal.
Barangkali ramai yang sudah lupa, saya juga seorang penyanyi yang baik. Malah saya juga berharap dapat beraksi dalam filem sains fiksyen atau cinta,” katanya.

Chan tidak menafikan pada usianya sekarang, dia perlu lebih berhati-hati dan memikirkan risiko yang terpaksa ditanggung setiap kali melakonkan aksi lasak yang mengancam nyawanya. 

“Saya terlalu banyak mengalami kecederaan, membuatkan saya perlu lebih berhati-hati jika ingin meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” katanya.
Chan dalam autobiografi, I Am Jackie Chan mengakui pernah berdepan pelbagai kecederaan termasuk pendarahan otak yang hampir meragut nyawanya ketika membintangi Armor Of God.

Dia juga hampir kehilangan penglihatan ketika beraksi di set Drunken Master, malah hidungnya pernah tiga kali patah ketika berlakon dalam tiga filem berbeza.


Dikenali sebagai seorang yang sederhana, malah sering melemparkan senyuman, Chan mengakui, dia tidak akan bertolak ansur dengan pelakon yang berlagak diva ketika di lokasi penggambaran.

Siapapun mereka katanya, apabila di lokasi dia akan melayani semua yang terbabit sama rata tanpa mengira kedudukan.

“Saya tidak peduli sebagus manapun seseorang pelakon itu. Memang saya menyenangi pelakon yang punya bakat tetapi personaliti itu lebih penting.

“Bukan hanya di depan, personaliti di belakang kamera juga memainkan peranan penting. Saya tidak suka pelakon yang mempunyai nama besar, memberikan persembahan terbaik tetapi di belakang meminta bukan-bukan.

“Saya benci orang seperti ini. Saya sama seperti orang lain, tiada perbezaan. Saya tetap akan makan semeja dengan semua orang di lokasi, semua kena bersama,” katanya.

Galak anak berlakon

KETIKA tayangan perdana filem aksi komedi, Double Trouble, Jackie Chan hadir memberikan sokongan kepada anaknya, Jaycee Chan atau Fong Cho Ming yang buat kali pertama bekerjasama dengan pengarah baru Taiwan, Chang Hsun-Wei.

Mengulas mengenai anaknya, Chan berkata, dia sering memikirkan pelbagai kekurangan dan kelemahan yang dimiliki Cho Ming namun kebelakangan ini, persepsi negatif itu mula beransur pergi.

“Ramai menjerit dan memarahi saya kerana di mata mereka, Cho Ming berada di atas landasan yang betul. Saya masih teringat bagaimana Will Smith melayani anaknya ketika penggambaran The Karate Kid.

“Ia menyedarkan saya supaya menukarkan cara pemikiran saya. Bermula hari ini saya harus mengakui, Cho Ming ialah yang terbaik. Tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengkritiknya,” katanya.

p/s: papepown, JACKIE CHAN the best..love.

SAPE YG MEREKA MAKSUDKAN???

   Asslmualaikum uols..ok,ariny rase nk update blog sgt2 ble terjumpa 1 gosip mosip kt paper metro..if uols prasan, kt paper metro msty ade ruangan SOSEH2 kan???ruangan SOSEH2 ney spt kite sedia maklong, akan meluahkan ketidakpuasan hati or gosip2 terbaru yg dowg dpt dr plbgai sumber..ariny ade tntg artis yg meletak harga tinggi..jum bace same2-


SOSEH SOSEH: Letak harga tinggi


KEBELAKANGAN ini, SS selalu mendengar rungutan mengenai sebuah kumpulan popular yang juga peserta program realiti yang baru saja menamatkan siaran musim pertamanya.
Khabarnya kumpulan itu semakin ‘demanding’ hingga untuk persembahan promosi di televisyen pun, mereka letak bayaran yang tinggi ibarat harga ‘show private’. 
Walhal, sebelum ini tidak ada masalah pun terima ‘token’ memandangkan stesen televisyen yang mengundang mereka membuat persembahan itu bukan calang-calang.

Malah, setiap kali dapat beraksi dalam konsert sempena karnival anjuran stesen itu, nama artis yang membuat persembahan pasti mendadak naik. Sikap berkira kumpulan itu khabarnya sudah lama tetapi semakin menjadi-jadi sejak mereka menang anugerah dan muncul dalam sebuah program realiti.


SS bukan hendak menangkan orang stesen TV atau pendek kata orang media tetapi sekadar hendak buka mata bagi orang yang tidak nampak impak besar sesebuah promosi dan publisiti.

Meskipun, bayaran sebuah token tidak besar namun muncul dalam program televisyen atau akhbar impaknya besar kerana mereka mendapat publisiti secara percuma selain melalui publisiti meluas juga mereka mencipta ‘branding’.

Katakanlah jika pengiklan mahu membeli slot selama lima minit, bayaran yang dikenakan kepada mereka mencecah nilai puluhan ribu ringgit hanya untuk tempoh singkat itu. Sedangkan artis banyak untungnya, sudahlah diberikan promosi percuma, dapat pula token bernilai ribuan ringgit. Betul sesetengahnya ‘demand’ kerana mereka rasa nama mereka mampu tarik jumlah penonton yang ramai.

Tetapi konsert di karnival bukannya mengenakan bayaran buat penonton pun yang membolehkan kita mengaut untung besar sekali gus berkongsi ‘peratusan’ dengan artis. Pun begitu, mereka mempunyai hak, untuk menolak sesuatu tawaran jika mereka rasa tidak berbaloi.


p/s: knape ble dya bace SOSEH2 ney, dya rase cm JOZAN la artis yg dowg mksudkan??why3??knape ble dowg da popualar,mcm2 hal dowg kena??knape msty ade yg dengki??haishh,xfhm gn dunia seni..

Monday 11 June 2012

ZIZAN SAYANG JUE??

   Asslmualaikum uols..ariny dpt on9 jap sbb KERAJINAN dtg tbe2 after rumate ajak p on9 kt tun teja,muahaha...nga bce kosmo on9, bak kata cik banu,memg ade crite tntg zizan..hamboi3..tajuk die,makan hati jelah kome yobb...wakakah..mohle bace same2-


Zizan sayang Jue





HUBUNGAN akrab antara aktres muda Juliana Evans atau Jue dengan aktor, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak sudah lama diketahui khalayak semenjak mereka membintangi filem Hantu Bonceng. Namun, baik Jue mahupun Zizan tidak pernah memberi pengesahan secara rasmi tentang status hubungan mereka. Jawapan klise yang diberikan hanyalah sebagai teman rapat sahaja.
Bagaimanapun kemesraan luar biasa antara Jue dan Zizan disaksikan Kosmo! ketika mereka bertemu sempena ulang tahun kedua Mesra Mall di Kerteh, Terengganu yang turut menayangkan filem terbaharu lakonan mereka iaitu Mael Lambong.
Pertemuan tersebut merupakan yang pertama kali selepas lima bulan Jue meninggalkan tanah air demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang pengajian filem, video dan media di Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Jue pulang ke tanah air pada minggu lalu kerana cuti musim panas dan akan berada di Malaysia sehingga Aidilfitri ini.
Pengakuan tidak pernah terungkap di bibir masing-masing, namun tingkah laku dan lirik mata ketika ditemu bual tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenar mereka berdua. Apabila ditanya rindu atau tidak kala berjauhan, jawapan yang diberi juga cukup jujur.
Sambil memandang Zizan, 28, yang berada di sebelahnya, Jue berkata: “Memang rindu sebab lama tidak jumpa. Ini kali pertama kami berjumpa selepas saya pulang ke Malaysia. Sebelum ini, Zizan sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental di Thailand. Kami belum sempat berborak panjang lagi.”
Jue dan Zizan hanya tertawa dan saling berpandangan apabila disoal apakah hadiah yang dibawa pulang Jue untuk Zizan dan apakah kejutan yang dilakukan oleh Zizan kepadanya.
“Memang saya ada beli hadiah untuk dia, saya tidak boleh beritahu, saya ada simpan di rumah. Kejutan dia untuk saya, mana boleh beritahu, rahsia,” ucap Jue malu-malu.
Jue dan Zizan yang sudah berkenalan selama lima tahun masih memilih untuk mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai teman rapat, meskipun kedua-dua mereka sudah bertemu dengan keluarga antara satu sama lain. Zizan juga tanpa berselindung memberitahu, dia menyayangi Jue.
“Saya sayangkan Jue tetapi masih ada pagar. Betul, saya pernah jumpa keluarganya, ibunya banyak beri saya nasihat. Begitu juga dengan Jue, dia pernah jumpa ibu bapa saya. Ibu saya suka dan senang dengan Jue,” kata Zizan tanpa berselindung.
Jue juga memberitahu, keluarga tidak membantah persahabatannya dengan Zizan, malah ibunya juga cukup senang terhadap perhubungan mereka.
“Mungkin sebab Zizan selalu tolong saya dan kami rapat, jadi keluarga saya juga baik dengannya. Zizan baik, selalu mengambil berat tentang diri saya, dia kelakar. Siapa yang tidak suka dengan dia (ketawa),” seloroh Jue yang membawakan watak seorang ejen perisik bernama Maria dalam filem Mael Lambong.
Fokus pada pengajian
Jue yang berusia 23 tahun bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk mempunyai komitmen dalam sebarang hubungan cinta kerana ingin memberi fokus terhadap pengajiannya yang akan tamat pada tahun 2014.
“Sebenarnya, saya tidak percaya pada cinta jarak jauh. Kalau saya bercinta dengan Zizan sekali pun, kami masing-masing sibuk dan berjauhan, saya lebih pentingkan pelajaran. Zizan kata mahu kahwin sebelum umur 30 tahun, jadi saya tidak masuk dalam senarai.
“Saya belum tentu akan pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian kerana saya ingin bekerja dan menimba pengalaman di sana terlebih dahulu. Memang kami selalu berhubung, tetapi kalau sibuk kami buat hal masing-masing. Jika bercinta, saya akan terikat dengan komitmen dan saya belum bersedia,” ujar Jue yang bakal menjalani penggambaran filem Dampak pada hujung bulan ini.
Jawab Zizan pula, dia juga memikirkan hal yang sama. Kesibukan jadual kerjanya membataskan dia untuk menyulam cinta dengan mana-mana gadis. Buat masa ini, fokusnya hanya pada kerjaya yang sedang berkembang.
“Alhamdulillah, saya tengah seronok bekerja. Siang dan malam, saya hanya bekerja sampai sakit. Saya tidak mahu kalau saya ada kekasih, dia akan rasa terabai kerana jika bekerja, telefon pun saya tidak pegang, jadi saya tidak mahu perkara itu berlaku. Lebih baik tidak terikat dengan sesiapa,” beritahunya yang saling berhubung dengan Jue menerusi Twitter dan juga telefon.

JULIANA EVANS dan Zizan sekali lagi berganding dalam filem berjudul Mael Lambong. Mereka mengaku enggan memberi komitmen terhadap cinta kerana sibuk dengan kehidupan masing-masing.



Sungguhpun begitu, mereka tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh. Luah Zizan: “Saya tidak kisah bertemu jodoh dengan sesiapa pun, saya akan terima kerana itu kerja Allah. Cuma saya rancang sebelum umur 30 tahun, saya mahu berkahwin, tetapi tidak tahulah terlaksana atau tidak. Buat masa ini saya belum bersedia untuk kahwin.”
Bercerita tentang pengalaman hidup Jue sebagai seorang pelajar universiti di Amerika, keceriaan terpancar pada riak wajahnya tanda dia bahagia, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan teman-teman. Tiga bulan pertama perasaan rindunya terhadap keluarga sukar dikawal.
Tak nak balik Malaysia
“Seronok belajar di negara orang, mula-mula perasaan rindu sukar dikawal kerana lokasi tempat tinggal saya terletak di kawasan pedalaman. Nasib baik saya dapat teman serumah rakyat Malaysia yang pandai masak masakan Melayu, jadi terubat sedikit perasaan rindu pada keluarga,” ujarnya.
Jelas Jue selepas tamat pengajian, dia tidak mahu segera pulang ke tanah air sebaliknya mahu menyambung kursus lakonan jangka pendek di Los Angeles dan mencuba nasib sebagai pelakon serta model di sana terlebih dahulu.
“Setakat ini keputusan pelajaran saya pun okey, jadi memang saya rancang untuk bekerja dan timba pengalaman di Amerika kerana di sana lebih banyak peluang. Tidak tahu bila saya akan pulang ke Malaysia, sebab saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan,” jawabnya jujur.
Bukan hanya mahu meluaskan kerjaya seni, tegas Jue, terlalu banyak sebab mengapa dia membuat keputusan untuk tidak pulang ke tanah air selepas tamat pengajian.
“Saya mahu mencuba nasib, berjumpa dengan orang baharu, mengembara, banyak benda yang saya ingin buat. Walaupun saya mempunyai kerjaya di Malaysia, tetapi saya tidak mahu tersekat di Malaysia selamanya tanpa melihat peluang di luar,” jelas pelakon itu.
Jika di Malaysia, ke mana sahaja kakinya melangkah ada sahaja mata yang memandang kerana status artis. Namun, berbeza apabila dia berada di Universiti Michigan, status artis terlucut dengan sendirinya, hanya pelajar Malaysia sahaja yang mengenalinya sebagai artis.
“Hanya pelajar Malaysia sahaja yang tahu, saya tidak pernah beritahu yang saya seorang artis di Malaysia. Kalau ada yang tahu sebab pelajar Malaysia di sana yang beritahu pelajar lain. Buat masa ini, saya menjalani kehidupan sebagai pelajar yang normal,” kata bekas kekasih Sam, Bunkface itu lagi.
Watak Mael Lambong yang dibawa dengan cemerlang oleh Zizan ketika menyertai program Maharaja Lawak bersama Johan diangkat sebagai watak utama filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham yang akan mula ditayangkan pada 21 Jun ini.

JULIANA atau Jue kini seronok menjalani kehidupan sebagai pelajar di Universiti Michigan, Amerika Syarikat.



Biarpun watak itu hanya diciptakan untuk program Maharajawa Lawak, namun populariti watak Mael Lambong melebihi jangkaannya membuatkan Zizan bimbang. Ujarnya, dia bimbang andai apa yang dipersembahkan dalam filem tersebut tidak sama seperti yang dibayangkan oleh penonton.
Elemen komedi
“Jujurnya saya bimbang sebab Mael Lambong lebih popular daripada Zizan. Harapan itu terlalu tinggi, saya bimbang Mael Lambong versi filem tidak dapat kalahkan Mael Lambong versi Maharaja Lawak. Apa yang saya boleh cakap, saya sukakan Mael Lambong versi filem kerana wataknya lebih berkembang,” katanya.
Tidak hanya sarat dengan elemen komedi, Mael Lambong juga penuh dengan karakter yang segar. Bagi memberikan yang terbaik, Zizan mengalami kecederaan pada lengan kirinya ketika babak berlawan dengan watak Tiger lakonan Taiyudin Bakar.
Selain itu filem yang memperoleh klasifikasi umum itu mempunyai babak berlawan antara Zizan dan Jue yang dirasakan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Enggan memberi sebarang komen mengenai babak yang dimaksudkan, Zizan berharap agar filem tersebut bebas kontroversi.
“Saya berharap babak itu tidak akan menimbulkan sebarang isu dan mendapat sokongan penonton. Memang filem Mael Lambong antara lakonan terbaik saya, saya cuba buat yang terbaik. Saya tidak buat lawak sepanjang filem, cuma situasi Mael Lambong yang membuatkannya jadi komedi,” terangnya lagi.

P/S: hamboii..saling menjeling2??jeles mak jemah oii...hehehehe

Saturday 9 June 2012

Berakhirnya cuty SEM...

     Asslmualaikum uols.. ariny dah 9hb jun kan??cepatnye masa berlalu..2 bulan sudah weouls cuty sem..esok,10hb jun dah kne dftr utk sem bawu..gila liat dya rase nk p dftr kos..xnk balikkkk...uwaaa...ney sume penangan tenet segala bagai la ney,huhux...
     Ekceli, nak share ape dya wat spanjang cuty ney..rasenya cuty kali ney yg paling best kot sbb dya dpt knal gamai kwn2 baru..terutamanya sume JOZANNERZ..i'm glad to know uols...hehe..kowg sume memg best,sporting gle,melayan je keje kome,huhu. . rase syg nak tggalkan kowg tp kne gak.. study ag penting..xpe2, t dya salu balik pnye. . pade cik banu, aishah, wani, thanx jdy peneman di kala sunyi..cik banu byk membantu^^. .syg die taw..hehe. .pastu dpt tgok mcm2 ragam JOZANNERZ.. slain tu, keje spnjg cuty ialah basuh bj,sidai bj,kmas umah, tanak nasi, fb,twitter, korea, JOZAN, tidurrrr....hahahahaha
   so, berakhirlah sudah cuty ney..
   OKAY3,slmt tggal dunia blog ku. . dya p xlame ok. . if balik t, dya update ag cte2 hot..tke cre semua..love-NUUR DHIA^^,

Friday 8 June 2012

ZIZAN mula 'demand'???

    Asslmualaikum uols.. ariny ade artikel kt paper berita harian yg mengatakan zizan mula 'demand'..demand??jum kite bace sesame-



Zizan mula 'demand'?
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2012/06/08

ZIZAN menjadi duta produk Drive M7.
ZIZAN menjadi duta produk Drive M7.
Pengacara TV Popular akui tak pernah minta bukan-bukan 

HAMPIR lima tahun dalam bidang hiburan, Zizan Razak, 28, sudah menggenggam pelbagai penghargaan dan anugerah. Bermula dengan dunia lawak, sehingga kini dia turut dikenali sebagai pengacara, pelakon, penyanyi dan jurucakap produk.
Begitupun penerima Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dan Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH2011 itu dikhabarkan semakin ‘demand’ setelah dirinya popular. Bukan sekadar dikatakan kian berkira soal bayaran, malah banyak juga permintaan bukan-bukan datang daripada artis serba boleh ini.
Sebaik persoalan itu diajukan kepada empunya diri, Zizan nyata terkejut dan air mukanya turut berubah. Berkali-kali dia meminta penjelasan bagaimana isu itu boleh timbul. 

“Saya tidak pernah meminta benda yang pelik-pelik, baik untuk fotografi, menjayakan sesuatu program mahupun ketika menjalani penggambaran filem dan drama. Cerita itu bagai cuba memburuk-burukkan diri dan kerjaya saya. 

“Walaupun saya pernah meraih beberapa anugerah, tetapi saya tetap Zizan yang dulu. Sekiranya ada orang ingin membayar saya dengan harga yang mahal, tetapi tidak mampu untuk saya laksanakan, saya tidak akan terima. 


“Begitu juga sekiranya sesuatu benda yang memang minat saya untuk lakukan, tetapi dibayar murah, saya akan menyuruh pihak pengurusan saya terima saja,” katanya. 
Menurut pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak ini, kebiasaannya ketika penggambaran filem, produksi akan menyediakan pakaian mengikut apa yang pengarah mahukan. Lantas, tiada sebab untuk dia menolak permintaan pengarah semata-mata ingin menunjukkan sikap tidak profesional. 

“Selain bidang lakonan, saya juga menerima jemputan daripada pelajar universiti dan tahu peruntukan yang dikeluarkan memang rendah. Namun saya tetap tidak mahu mengecewakan mereka. Saya faham mereka ialah pelajar dan ada kalanya apa yang mereka buat adalah sebahagian daripada pemarkahan. 

“Cuma saya akan memberikan perhatian lebih kepada aspek kesihatan. Biasanya saya akan bagi tahu lebih awal, terutama hal makanan kerana saya tidak boleh makan sebarang makanan laut. Ia akan menjejaskan kesihatan saya,” katanya. 

Perkara itu juga ditegaskan Pengurusnya, Marina Juki, yang turut menafikan mereka sengaja mengambil kesempatan terhadap populariti dikecapi Juara program Super Spontan itu. 

“Sejak saya menguruskan kerjayanya, Zizan tetap sama seperti dulu. Bayaran Zizan untuk bidang pengacaraan masih sama seperti tahun lalu meskipun dia baru memenangi Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH2011. 

“Kita tidak mengambil kesempatan daripada pencapaiannya itu. Namun begitu, bayaran untuk lakonan filemnya naik sikit memandangkan kerja itu memerlukan dia bergerak lebih lasak. 

“Kebelakangan ini, sejak Zizan keluar daripada hospital, jadual kerjanya semakin padat. Lebih-lebih lagi dia sudah menandatangani kontrak bersama Astro yang akan menguruskan kerjaya seninya, secara tidak langsung kami terpaksa mengutamakan projek stesen berkenaan. Jadual kerjanya sehingga bulan November sudah terisi. 

“Doktor juga sudah menasihatkannya agar lebih banyak berehat. Mana yang dirasa mampu untuk dia tunaikan, dia akan lakukan,” katanya yang tetap mengutamakan kesihatan artis jagaannya itu. 

Mereka ditemui pada majlis pengumuman artis terbabit sebagai jurucakap produk minuman bertenaga Drive M7. Turut hadir pada majlis itu ialah seorang lagi jurucakap produk terbabit, Aaron Aziz. 

“Peranan saya hanyalah membantu mempromosikan syarikat tempatan, Kumpulan Mutiara Motors, dengan produk minuman yang baru diperkenalkan di negara ini. Saya juga akan mengikuti mana-mana siri jelajah promosi produk ini sekiranya diperlukan,” katanya.




p/s: susah dah jdy artis ney..mcm2 owg mengata..so,sbg artis memg kne pndai jaga aty peminat...peaceyawww!!!

Tuesday 5 June 2012

Quotes About Friendship utk JOZAN..

   Asslmualaikum uols.. semalam, adik zack JOZANNERZ ade share pix2 JOZAN yg die amek mse final SS.. b4 share pix2 tu, nak share quote2 yg best utk JOZAN.. utk menggambarkan persahabatan dowg yg memg xdpt disangkal lagi..if nk ungkap gn kata2 memg dah xmmpu dah sbb persahabatan dowg sgt3 sweet. . JOZAN owez in my heart<3








     Quote2 kt atas ney sume merujuk pd our JOZAN. . love all what the quotes said.

ok, skrg nk share pix2 JOZAN di FINAL SS lak.. credit to ZACKRY JOZANNERZ YAZID^^,..thanx adx zack bg kak dya cilok pix2 kamu,hihi

JUARA



Sweet brothers




papa & mama







pelukan semangat JOZAN

'ZAN,ZIZAN,ZIZAN,ZAN,ZAN'


Zizan cover muke dgr papa jo berhujah


kereta jijan n yg nmpk sipi 2 kreta papa

comel

'sidang akhbar sume sekalian'


aksi hmpir sama





kak diba ckp- cium2,pluk3 dlu..



owez hugging

























new fashion^^




gen..gen..gen..






sebak terasa

turunlah!!!












manje^^

Tuan pnye gmbr (zack) wif zizan..tQ zack.


mama bw bj jijan ke??

ayah yg garang,haha


papa tetap JOHAN



Jijan gelak besau

papa minum air jijan












reaksi jijan mse kak diba bg tajuk JULIANA EVANS


KASIH HANANIA






Pelukan kasih abah






























JOZAN^^,


















Pelukan syg ibu
Dya harap JOZAN owez JOZAN until jannah. . xkan ade owg boleh pisahkan JOZAN..aminn..love.