Friday, 6 July 2012

Kereta MAEL LAMBUNG dilelong???

   Asslmualaikum uols....pe habaq?lame tol xupdate blog ney..ok lah,sebenaunye,dah lame nk cte tntg bnde ney tp bawu ariny ade pluang nak menaip,hehe..rasenya gamai yg da taw yg kereta mael lambung akan dilelong...skrg pown gasenya da gamai yg try nak bida kereta tu dgn harga yg tggi2..ney ade keratan akhbar tntg lelongan tu (credit to metro)-

APA lagi cara bagi memberi penghargaan kepada peminat dan penonton yang tidak jemu memberi sokongan hingga mampu meletakkan sesebuah filem itu ke tahap box-office?
Persoalan yang sama terlintas di fikiran pengarah berkaliber, Ahmad Idham Ahmad Nadzri apabila filem terbaru sentuhannya, Mael Lambung mencipta fenomena sendiri dengan mencatatkan jumlah kutipan melangkaui RM5 juta selepas 11 hari ditayangkan. 
Lantas bagi mencipta sejarahnya sendiri, Idham menerusi syarikat penerbitannya, Excellent Pictures membuka bidaan bagi peminat atau sesiapa yang ingin memiliki kereta yang digunakan Mael Lambong dalam filem berkenaan dengan harga permulaan RM5,000.
Watak Mael Lambong yang dilakonkan pelawak juga pelakon popular, Zizan Razak ini kononnya seorang lelaki yang gemarkan sukan lasak dengan memandu sebuah kereta ‘drift’ miliknya sendiri.
Kini, peminat boleh memiliki kereta yang digunakan sepanjang penggambaran
di Kuala Lumpur dan Kemaman, Terengganu ini iaitu jenis Toyota Soarer E MZ II dengan membuat bidaan.
Jelas Idham yang membuat pengumuman mengenai perkara itu menerusi slot Ceria Pagi di Suria FM, kelmarin (3 Julai) menarik minat pemilik kenderaan apabila hampir 100 pertanyaan diterima dalam tempoh beberapa jam selepas pengumuman dibuat.
“Ini adalah satu penghargaan kepada peminat Mael Lambung di seluruh negara kerana memberikan sokongan yang baik kepada filem ini. Saya begitu bersyukur apabila Mael Lambung menghimpunkan lebih setengah juta penonton tempatan yang berasak ingin menyaksikan filem ini hingga mencatatkan satu kutipan yang baik.
“Harga bidaan yang dibuka ini adalah satu tawaran yang begitu baik kerana lebih murah berbanding harga pasaran. Bayangkan, kereta jenis ‘drift’ dengan kapasiti enjin setinggi 2500 cc boleh dimiliki sesiapa saja khususnya peminat Mael lambung.
“Selain berpeluang mendapat kereta ini, individu yang membidanya turut mencipta sejarah tersendiri kerana berada sebahagian dengan Mael Lambong secara tidak langsung.
“Saya fikirkan ini adalah satu lagi cara dan usaha dalam memberi penghargaan kepada peminat agar mereka rasa begitu dekat dengan sesebuah naskhah sebagaimana plot cerita dan konsep filem ini yang direka begitu dekat dengan penonton,” katanya.
Bagi pembida tertinggi nanti, satu majlis penyerahan kereta itu diadakan dihadiri semua pelakon Mael Lambung namun tarikh dan lokasi akan diumumkan kelak.
Tambah Idham lagi, pelbagai cara disediakan untuk mereka yang ingin membida kereta itu termasuk melayari laman web syarikat penerbitan, www.excellentpictures.com.my atau laman www.facebook.com/kisahmaellambong.
“Peminat juga boleh membida melalui laman sosial twitter kami di @ExcellentPic_My atau hubungi 03-6201 5971 untuk keterangan lanjut selain mengetahui syarat penyertaan yang disediakan,” katanya yang turut mengakui sebahagian wang daripada bidaan ini disalurkan ke rumah bantuan kanak-kanak kurang bernasib baik yang memerlukan
di sekitar Lembah Klang.
Selain Zizan, Mael Lambung turut dibintangi pelakon popular lain termasuk Juliana Evans, Taiyuddin Bakar dan memperkenalkan Shenthy Feliziana. Filem komedi ini kini masih ditayangkan di 79 panggung seluruh negara, Brunei Darussalam dan Singapura dengan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

p/s: no.plat kereta mael lambong ML kan...if owg melaka berjaya beli kreta tu,kompem bangga weh jenjalan kt melaka..sume owg knal tu kereta mael lambong...hehe...terbaek!

No comments:

Post a Comment