Zizan Raja Lawak Dimasukkan Ke Hospital
Posted on 30 April 2012.
(gambar xdpt dishare disini atas permintaan manager abg zizan(kak maryna juki).
(gambar xdpt dishare disini atas permintaan manager abg zizan(kak maryna juki).
Anggota kumpulan Angsa Ganas dalam Rancangan Super Spontan iaitu Zizan Abdul Razak di masukkan ke hospital kerana kesihatan yang tidak memberangsangkan. Mari kita doakan semoga Zizan kembali sihat seperti sedia kala. Amin
Yang ney dry murai.com-
Zizan Ditahan Wad Kerana Keradangan Otot
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2012: Selepas pulih dari demam, batuk dan selesema, pelawak dan pengacara TV, Zizan Razak dilaporkan diserang sakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya.
Oleh kerana itu, Zizan kini terpaksa ditahan di wad hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan yang lama.
Menurut pengurus peribadinya, Marina Juki menjelaskan doktor menasihatkan agar Zizan mengambil cuti rehat yang panjang supaya derita keletihan otot ini boleh beransur pulih dengan cepat.
"Syukur Alhamdulillah, keadaan Zizan tidak terlalu kritikal. Namun, dia masih perlu berehat sepenuhnya dan terpaksa membatalkan segala penggambaran termasuklah penglibatannya untuk program Melodi dan Super Spontan.
"Zizan telah dikejarkan ke hospital malam tadi kira-kira jam 1.30 pagi selepas dia mengadu sakit teruk dibahagian belakang badannya. Waktu itu, dia sebenarnya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menjayakan siaran live Melodi di Jom Heboh di Ipoh, Perak..
"Setelah sampai di hospital, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Hasil ujian darah itu, doktor sahkan Zizan mengalami keradangan otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikan tenaga dan pulih sepenuhnya. Jadi, doktor telah menahannya di wad bagi menerima rawatan selain berehat dengan rapi tanpa gangguan selama lebih kurang dua minggu.
"Doktor memberitahu, punca Zizan alami sakit ini disebabkan dia terlalu banyak bekerja dan kurang berehat. Malah, Zizan juga terlalu banyak menjalankan aktiviti lasak yang mana Zizan perlu melakonkan beberapa aksi ganas dalam filem terbarunya. Ia juga berpunca dari tekanan kerja dan masalah yang terlalu banyak," katanya.
Dalam pada itu, Marina memberitahu setakat ini, pihak pengurusan terpaksa membatalkan sementara waktu segala aktiviti Zizan.Bagaimanapun, status Zizan menerusi program Super Spontan masih lagi tergantung. Seandainya Zizan cepat pulih, dia akan menyertai program ini pada minggu ke enam nanti.
"Zizan amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di twitter dan Facebook. ZIzan sendiri tidak menyangka di tahan di wad untuk beberapa hari. Dia akan kembali aktif selepas pulih sepenuhnya.
"Sebenarnya, ZIzan sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan. Pun begitu, dia terpaksa berehat dan menghabiskan baki babak yang tinggal lebih kurang tujuh atau lapan hari lagi setelah sembuh nanti. Mengenai keputusan menyertai Super Spontan, ia tertakluk kepada keputusan sepenuhnya dari pihak doktor esok.," jelas Marina.

Warga murai.com.my berharap Zizan cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.
p/s: Abg zizan cpat2 sembuh eh..please rehat btol2 slame 2 mggu ney..jgn pk tntang keje ag..hope dpt tgok gelagat abg zizan dlm SS ag 2 mggu..lot of love- nuur dhia..
eh,ad ag 1 bnde nk wat iaitu nk promote blog kwn dya yg da byk tlg promote blog dya..cik banu ney bek owgnye n yg pling penting ktowg 1 geng yg sekepala sbb we are JOZANNERZ!!!Jum g blog cik banu- http://mulan-sahbanu.blogspot.com/..

No comments:
Post a Comment