Zizan Razak
Zizan Razak
PELAKON dan pelawak terkenal, Mohd Razizan Abdul Razak atau dikenali sebagai Zizan Razak dilaporkan semakin sembuh setelah dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Pantai, Bangsar Ahad lalu akibat masalah keradangan otot.


Menurut Pengurusnya, Marina Juki, kejadian berlaku sewaktu Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menjayakan siaran live Melodi Jom Heboh.


“Kami tiba di unit kecemasan hospital tepat jam 1.30 pagi. Doktor membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil ujian darah  tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘acute myositis’ atau keradangan otot.


“Sepanjang proses rawatan, Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk mengembalikan tenaganya.


“Alhamdulillah, buat masa sekarang dia telah stabil dan insya-ALLAH, akan dibenarkan keluar wad hari ini, cuma batuknya masih belum berkurangan,” katanya ketika dihubungi Zass.
Jelas Marina, doktor menasihatkan Zizan supaya berehat sekurang-kurangnya dua minggu bagi memastikan dia pulih sepenuhnya.


“Sebarang aktiviti seninya terpaksa diberhentikan buat seketika. Dia juga perlu menangguhkan penggambaran filem Tokan buat masa sekarang.


“Menerusi filem itu, Zizan sebagai pelakon utama, tetapi hanya beberapa babak ringan sahaja yang tinggal memandangkan babak penting telah disiapkan sebelum ini.


“Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kecergasan Zizan sendiri. Saya rasa dalam minggu hadapan dia sudah boleh memulakan kerjanya seperti biasa,” katanya.


Sementara itu, Marina berkata, Zizan turut berterima kasih kepada peminat dan sahabat yang mendoakan kesejahteraannya di Twitter dan Facebook.

2nd(METRO)
Zizan rehat 2 minggu
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
     
BINTANG serba-boleh, Razizan Abdul Razak atau dikenali dengan Zizan Razak dimasukan ke Wad Hospital Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur pada 29 April lalu, jam 3 pagi. Kejadian itu berlaku sewaktu dia bersiap untuk bertolak
 ke Ipoh bagi menjayakan siaran langsung Melodi di Jom Heboh!, Ipoh Perak.
Setibanya di unit kecemasan hospital tepat jam 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Berdasarkan hasil ujian darah, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot. 
Pemenang anugerah Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 itu, turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan pulih sepenuhnya. Setakat ini keadaan Zizan adalah stabil.

Menurut pengurusnya Marina Juki, doktor menasihatkan Zizan berehat sekurang-kurangnya 2 minggu untuk pulih sepenuhnya, sebarang aktiviti seninya agak �dihentikan buat seketika, bergantung kepada tahap kecergasan Zizan sendiri.

“Zizan amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakannya di twitter dan facebook, Zizan sendiri tidak menyangka ditahan wad untuk beberapa hari. Namun begitu Zizan akan kembali aktif sebaik kesihatannya pulih seperti sedia-kala,” katanya.

Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat sebelum menghabiskan baki penggambaran �dalam lapan hari lagi. Disebabkan masalah kesihatan juga, Zizan berkemungkinan berehat selama seminggu sebelum kembali beraksi dalam Superspontan.

“Sehingga pagi tadi (semalam) saya belum menerima sebarang perkembangan mengenai kesihatan Zizan. Saya hanya dapat membuat keputusan sama ada Zizan mampu meneruskan kerja-kerjanya minggu ini, sekiranya doktor sudah menyerahkan keputusan kesihatannya.

“Bagaimanapun, dari pemahaman saya menerusi maklumat diberikan doktor Ahad lalu, Zizan perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu untuk memastikan keadaan kesihatannya benar-benar pulih sekali gus mengelakkan serangan kembali berlaku.

“Saya berharap, dengan pemberitahuan ini dapat menjelaskan kepada semua pihak yang bekerjasama dengan Zizan termasuk peminat.

“Apa yang berlaku tidak disengajakan dan kami tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa. Doaka Zizan sembuh secapat yang mungkin supaya dia dapat kembali beraksi dalam penggambaran filem serta program yang dijayakan ketika ini,” katanya.
3rd(BERITA HARIAN)
Hip

Zizan diarah berehat
Oleh Nor Hatina Shuib
hatina@bharian.com.my
2012/05/01

pix_gal0
Doktor sahkan Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH2011 keletihan melampau

PENGACARA TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Razizan Razak di masukkan ke wad sejak Ahad lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana mengalami radang otot atau acute myositis yang menyebabkan tubuhnya lemah.

Ketika itu, Razizan atau Zizan sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Ipoh bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengacara Melodi yang disiarkan secara langsung sempena Karnival Jom Heboh.
Di atas nasihat doktor, aktiviti seninya akan dihentikan buat masa ini dan bergantung kepada tahap kecergasan Zizan. - Marina Juki, Pengurus Zizan
Bagaimanapun, melihat kepada keadaannya yang kurang bermaya, Zizan dibawa menjalani ujian darah sebanyak dua kali dan doktor mengesahkan pengacara dan pelakon ini mengalami radang otot.

Susulan itu, dia diberikan protein, vitamin dan antibiotik bagi memulihkan tenaganya.

Pengurusnya, Marina Juki berkata, doktor yang merawat Zizan juga turut menasihat artis komedi ini berehat sementara waktu dari sebarang aktiviti seni sekurang-kurangnya selama dua minggu bagi memastikan keadaan tenaganya benar-benar pulih.

Menurutnya, sebelum dimasukkan ke hospital lagi, Zizan berada dalam keadaan kurang sihat seperti batuk berpanjangan dan sakit-sakit badan. 
“Dia memang tak duduk diam. Mungkin sebab itulah dia keletihan. Malahan pada Sabtu lalu (26 April), Zizan sempat memenuhi permintaan sebuah syarikat permotoran untuk melakukan acara promosi. 

“Zizan dan Aaron Aziz adalah duta produk M7 milik syarikat itu. Pada hari itu, Zizan masih mampu memandu kereta drift. Bukan untuk sebarang penggambaran pun, tapi sekadar suka-suka.

“Hanya selepas itu, apabila kami hendak bersiap sedia bertolak ke Ipoh, Zizan mengadu sakit dada dan sakit belakang. Batuknya sejak lebih seminggu lalu tak juga sembuh. Ini membuatkan kami membuat keputusan untuk membawanya ke hospital,” katanya kepada Hip. 

Tambah Marina lagi, doktor mengakui antara faktor Zizan mengalami keradangan otot kerana masa rehat yang tidak mencukupi. 

“Di atas nasihat doktor, aktiviti seninya akan dihentikan buat masa ini dan bergantung kepada tahap kecergasan Zizan sendiri. Dia juga amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan kesihatannya menerusi laman sosial seperti facebook mahupun Twitter selepas mendapat khabar berita berkenaan tahap kesihatannya yang lemah.

“Zizan sendiri tidak menyangka akan ditahan wad selama beberapa hari dan akan kembali aktif setelah sihat sepenuhnya selepas ini. Bagaimanapun, keadaannya sekarang semakin baik. Raut wajahnya juga nampak lebih segar dan lebih bermaya,” katanya.

Katanya lagi, Zizan yang sebelum ini sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat selama beberapa hari sebelum menghabiskan baki penggambaran kira-kira 10 hari lagi manakala keputusan sama ada mahu membabitkan diri dalam program terbitan Astro, Superspontan hanya akan diketahui setelah menerima laporan kesihatan daripada pihak hospital yang dijangkakan dikeluarkan esok.

“Kalau boleh kami memang kami hendak memohon cuti daripada Astro supaya memberi peluang kepada Zizan untuk berehat secukupnya. Ini berdasarkan nasihat doktor yang mahu Zizan berehat terlebih dahulu sekurang-kurangnya seminggu. 

“Bagaimanapun, itu terpulanglah kepada pihak pengurusan Astro untuk menentukannya,” katanya. 

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani ketika dihubungi mengenai kedudukan pelawak itu dalam Superspontan memberitahu, segala keputusan sama ada Zizan akan meneruskan program itu atau tidak hanya dapat diketahui selepas menerima laporan kesihatan daripada doktor, esok.

“Apapun, kita tunggu keputusan kesihatan daripada doktor beberapa hari lagi dan pihak Astro masih menunggu laporan kesihatan penuh yang mengesahkan samada Zizan sudah stabil atau tidak.

“Kami juga sudah menjenguk Zizan dan setakat ini dia semakin pulih. Sebenarnya, Zizan perlukan rehat yang mencukupi dan dia sangat penat dengan tugasannya,” katanya.

Nizam, berkata pihak Astro juga akan berbincang terus dengan Zizan berkenaan kedudukannya dalam Superspontan itu kerana apa yang paling penting dan diutamakan pihaknya adalah kesihatan Zizan.

“Kita akan bincang dengan Zizan sendiri dan setakat ini kita tidak boleh memberi sebarang jawapan dan perbincangan itu nanti akan turut membabitkan Afdlin Shauki. Keutamaan pihak kita adalah Zizan,” katanya.
My personal view about him #my heart:-
1. sowg yg kuat bekerja
2.sgt komited gn tugas yg diberi even die xckop rehat,die akan pergi jgk wat tugasan 2..
3. sgt menghargai peminat..cth: tetap join SS even demam teruk n terpaksa telan ubat tahan demam.(BANGGA DGN DIE)
4.sgt hyper on stage..if die xhyper,we know ade yg xkene gn die.
5.sgt syg kan kwn2 die (PLING SYG papa JO) 
            As pminat Zizan n JOZAN, dya rase bangga dgn dowg n lbey bangga ble bakat dowg diiktiraf mse ABPBH 2011..its means dat gamai yg sedar dgn bakat dowg..lots of love,nuur dhia.