Tuesday 22 May 2012

Awal Ashaari pengganti Dira Abu Zahar??

     Asslmualaikum uols...smlm,heboh dkat fb yg Awal akan m'ganti Dira Abu zahar di Melodi dan akan bergandingan with Abg zizan...so far,dya rase Awal serasi gn zizan sbb die pown gile2 cm zizan..dlm keratan akhbar berita harian ade cerita tntg pengunduran Dira..jom bace-


Dira undur diri
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2012/05/22

pix_gal0
Awal diumum pengacara baru Melodi

BEKAS pengacara Melodi, Dira Abu Zahar, menafikan dirinya disingkirkan daripada program hiburan popular itu, sebaliknya dia mengundurkan diri atas kehendaknya sendiri.
Dira yang sempat mengacarakan program itu selama setahun menyatakan, dia terpaksa melupakan bidang pengacaraan kerana kembali melanjutkan pelajaran serta ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaan yang diceburinya.
Saya tidak mahu kesibukan kerja menjejaskan pelajaran. Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan rakan sekelas apabila terpaksa menangguhkan projek kami hanya disebabkan terlalu sibuk dengan kerja. - Dira
Sebelum ini, tersebar dakwaan mengatakan Dira disingkir daripada program itu kerana terbabit dalam pergaduhan yang kini menjadi kes polis. Baru-baru ini pula, timbul spekulasi kononnya berlaku cubaan membunuh diri dengan meminum peluntur gara-gara tekanan perasaan.

Menurut pengacara dan pelakon ini, pengundurannya tiada kena mengena dengan kedua-dua isu terbabit, sebaliknya hasrat untuk berhenti sudah pun disuarakan dua bulan lalu.

“Saya sudah menghantar permohonan untuk berhenti dua bulan sebelum kontrak tamat April lalu. Keputusan itu terpaksa dibuat kerana saya kini kembali menyambung pengajian pada peringkat Sarjana Filem Digital dan Televisyen, di Universiti Lim Kok Wing.

“Sebelum ini, saya ingatkan saya mampu bekerja dan belajar pada masa sama. Ternyata, apabila menyambung kembali pengajian di peringkat sarjana, cabarannya lebih hebat berbanding peringkat ijazah sarjana muda dulu. 
“Saya tidak kisah jika orang hendak mengaitkan isu berhenti dengan masalah yang menimpa saya baru-baru ini. Terpulanglah kepada mereka untu membuat sebarang spekulasi. Yang penting, hanya saya dan pihak Melodi tahu kebenarannya,” kata Dira yang sudah dapat mengagak spekulasi bakal timbul dengan pengundurannya.

Dira yang dihubungi semalam berkata, sebelum ini dia berasakan keputusan untuk berhenti tidak perlu dikongsikan kepada umum kerana ia berkaitan hal dalaman syarikat. Namun disebabkan namanya dikaitkan dengan beberapa kontroversi, lantas pengundurannya dikatakan mempunyai kaitan dengan isu berkenaan.

“Jika masyarakat mahu menganggap sedemikian, saya terima. Mungkin ia lahir daripada tindakan luar sedar mereka. Saya tidak akan sesekali marah atau pun sakit hati.

“Saya faham tiada siapa mahukan orang bermasalah dalam syarikat mereka. Tetapi pemberhentian ini tiada kena mengena dengan kontroversi membabitkan diri saya. Sebaliknya keputusan ini dicapai setelah berbincang dengan stesen televisyen.

“Saya sendiri pada mulanya keberatan untuk membuat keputusan ini kerana tidak mahu menyusahkan pihak stesen apabila terpaksa mencari pengganti. Bagaimanapun, apabila Awal Ashaari pernah muncul menggantikan saya tidak lama dulu, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya ada orang yang sesuai untuk menggantikan tempat saya.

“Saya tidak mahu kesibukan kerja menjejaskan pelajaran. Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan rakan sekelas apabila terpaksa menangguhkan projek kami hanya disebabkan terlalu sibuk dengan kerja,” jelas Dira lagi.

Semalam, TV3 menerusi kiriman e-mel mengumumkan Awal secara rasmi menggantikan tempat Dira setelah beberapa minggu program itu dikendalikan hos jemputan.

Penerbitnya, Azman Abd Gafar, bagaimanapun berharap peminat program itu tidak melihat pertukaran berkenaan dari sudut negatif, mahupun wujudnya ketidaksefahaman antara kedua-dua pihak.

“Perubahan ini perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan dan pengisian kandungan program ini akan terus diperbaharui, relevan dan menepati cita rasa penonton. 

“Selepas berbincang dan melalui persetujuan bersama, kami akur dan menerima keputusan Dira untuk mengundurkan diri demi menumpukan masa dan tanggungjawab kepada pelajaran dan juga perniagaannya,” katanya.


        Ok,2 tntg Dira..ney ade 1 portal cte tntg Awal..jum bace-



Awal Sah Ganti Dira Untuk Melodi!

21 MAY 2012, 02:02PM   |   -  |    UTAMA > BERITA ARTIS >
Awal Sah Ganti Dira Untuk Melodi!
Kongsi Article Ini:
 53 Share436 
 
 
Bermula Jun ini, Melodi akan memperkenalkan kemunculan duo baru, Zizan Razak bersama Awal Ashaari sebagai pengacara program sensasi Melodi!

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Gafar, "Selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan. Kami yakin dengan bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan.

"Kami percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Awal mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton."

Azman mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Dira Abu Zahar yang telah berkhidmat sebagai pengacara bersama Melodi sejak Mac tahun lalu hinggalah penghujung bulan Mei ini.

"Selepas berbincang dan melalui persetujuan bersama, kami akur dan menerima keputusan Dira untuk mengundur diri kerana ingin lebih menumpukan masa dan tanggungjawab kepada pelajaran dan juga perniagaannya. Pihak produksi dan TV3 akan terus menyokong Dira yang sememangnya berbakat bukan sahaja di dalam bidang pengacaraan malah juga lakonan."

Tambah Azman, pihak penerbitan tidak mahu masyarakat mahupun para penonton setia Melodi beranggapan bahawa transisi ini adalah satu perkara negatif ataupun berlaku kerana ada ketidaksefahaman antara pihak terbabit.

"Ini merupakan perubahan yang perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus diperbaharui, relevan dan menepati kehendak citarasa jutaan penonton.

"Pembaharuan seperti ini berlaku untuk semua program TV3 bukan sahaja Melodi malah jika diperhatikan dengan teliti; pihak kami juga pernah membuat pembaharuan dari segi penerbit, wartawan penyiaran, kandungan dan penerbitan itu sendiri. Oleh itu, pertukaran pengacara sepatutnya tidak menjadi isu sementelaah ianya merupakan tradisi yang positif."

credit to: gua.com..

p/s: so,slmat bertugas kpd Abg Awal..Abg zizan,love u owez...kikiki

No comments:

Post a Comment