Thursday 31 May 2012

Kejutan di FINAL SUPER SPONTAN

     Asslmualaikum uols..wah,pejam celik pejam celik,tggal ag 1 ary je ag nk ke mlm FINAL SS..dupdapdupdap je rase..hehe..okokokay,ariny nak kongsi sikit tntg kejutan2 yg dijangka akan ada pd mlm FINAL SS..korang mesty nk taw ape kan??jum bace same2:- (credit to murai.com)


Safee Sali, Aidil Zafuan Buat Kejutan


Safee Sali, Aidil Zafuan Buat Kejutan

          KL, 30 MEI 2012: Memandangkan pemain bola sepak negara bertaraf jutawan, Safee Sali dikhabarkan adalah penonton setia Super Spontan (SS), Murai Batu diberitahu pemain yang baru saja bergelar duda itu bakal membuat kejutan pada malam final program berkenaan.
Malah, Murai Batu turut mendapat tahu, Safee Sali tidak keseorangan tetapi akan turut membabitkan pemain kacak, Aidil Zafuan yang kini sedang berbaik semula dengan isterinya, Rita Rudaini.
Menurut sumber, Safee Sali bakal hadir membuat gimik pada malam itu nanti dengan bermain bersama finalis SS iaitu Zizan, Johan, Tauke, Rahim, Suhaimi dan Ropie.
Tak silap Murai Batu, berkemungkinan besar mereka akan bermain menerusi permainan Skrip Rabak yang sebelum ini pernah dimainkan oleh pelakon Fizz Fairuz.
Namun, ianya masih belum muktamad lagi kerana baik Safee Sali mahupun Aidil Zafuan masih belum pernah berlakon.
Tambahan pula, cerita ini masih belum pasti lagi memandangkan pada malam berkenaan kedua-dua pemain ini akan terlibat dengan perlawanan bola sepaka antara Harimau Malaya menentang pasukan dari Filipina.
Apa kes pun, jika benar mereka berdua muncul, pasti final SS tambah hangat kerana kedua-dua pemain bola sepak ini sangat popular.
Murai Batu percaya rating rancangan berkenaan pasti akan naik.
Merisik mengenai seorang lagi peminat fanatik SS iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, Murai Batu diberitahu penjaga gol kebangsaan ini sememangnya tidak dapat melibatkan diri bersama Safee dan Aidil kerana mahu fokus dengan perlawanan penting.
Bagaimanapun, Apex tetap akan menyokong SS kerana sememangnya menjadi program TV kesukaannya.
Apa yang penting, Murai Batu tidak sabar untuk menyaksikan pentas final SS kerana ingin mengetahui adakah pemenang akan menepati tepati ramalan atau pun mengundang kejutan.
MURAI BATU: Macam mana fizikal piala Super Spontan. Pasti menarik

    Ada ag 1 artikel tntg SS di murai.com iaitu mengenai Apek..jum kite bace ag:-

Apex Pilih Johan Sebagai Juara Super Spontan

Apex Pilih Johan Sebagai Juara Super Spontan
        
  KUALA LUMPUR, 31 MEI 2012: Rasa sedih kerana tidak dapat menonton secara langsung peringkat akhir Super Spontan (SS), penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex tetap menyokong dan mendoakan agar juara sulung program itu merupakan individu yang benar-benar layak.
Bagaimanapun, Apex yang bakal menyertai perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Filipina pada hari dan waktu yang sama SS ditayangkan, ternyata mempunyai pilihan sendiri.
"Inilah pengorbanan. Jika peserta SS berjuang untuk merebut gelaran juara SS pada hari itu, saya bersama rakan sepasukan yang lain pula harus bertarung demi negara untuk menentang Filipina pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, saya tetap menyokong SS dan merasakan dari enam finalis yang ada, Johan merupakan calon yang paling layak bergelar juara sekaligus menerima sebuah kereta Toyota Camry dan wang tunai berjumlah RM100,000.
"Saya menilainya bukan dari segi populariti Johan semata-mata tetapi apa yang saya lihat, dari minggu ke minggu, prestasi Johan semakin bagus.
"Agak sukar untuk dia ditandingi peserta lain. Saingan terdekat Johan pun sudah pasti Zizan dan Tauke," katanya.
Meneruskan cerita, Apex memberitahu dia tidak pernah tertinggal untuk menyaksikan SS membuatkan dia yakin dan berani memilih Johan sebagai juara.
"Sungguhpun saya yakin mengatakan Johan boleh merangkul juara, tetapi jangan ambil ringan dengan tahap bakat dan populariti peserta lain. Lebih-lebih lagi, Zizan, Tauke dan Suhaimi Yusof.
"Saya harap apa yang saya kongsikan ini tidak mengundang spekulasi bahawa saya seorang yang pilih bulu.
"Sekali lagi saya tekankan, penilaian saya ini dibuat disebabkan saya tidak pernah terlepas menonton SS baik siaran langsung atau pun siaran ulangan.
"Saya yakin, jika anda berada ditempat saya, anda juga boleh menyatakan pandangan yang sama.
"Apa yang penting, saya doakan agar semua finalis dapat mencerminkan prestasi yang gemilang kerana bukan mudah untuk mara ke final.
"Tidak kisahlah siapa yang menang kerana keputusan bergantung pada penonton SS," jelasnya.
Dalam pada itu, jejaka tampan ini menegaskan program SS wajar disambung dan merasakan peserta masa akan datang lebih dibuka kepada individu yang dikenali.
"Mengapa perlu direhatkan jika program berkenaan memberikan impak yang positif.
"Saya bersetuju seandainya SS di sambung untuk musim seterus.
"Mungkin jika ada, SS boleh buka penyertaan kepada individu dikenali seperti atlet sukan, penyampai berita, penerbit program, wartawan hiburan atau sesiapa saja yang berani menyahut cabaran SS.
"Jika tawaran itu datang kepada saya, mungkin saya akan menyertainya.
"Namun, apa yang boleh saya katakan, saya masih belum bersedia menyertai program hiburan kerana merasakan lebih baik memfokuskan diri dalam bidang sukan bola sepak yang menjadi periuk nasi saya.
"Apapun, masa menentukan segalanya. Sebagai hamba Allah, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.
"Apa yang penting, SS memang syok untuk ditonton," ujarnya.


p/s: rase xsbr dah nk tgok final SS...mesty best..gudluck tuk sume finalis ye..love..




No comments:

Post a Comment