Saturday, 16 June 2012

   Asslmualaikum uols..ney ade ag 1 cte tntg my feberet actor iaitu JACKIE CHAN.. ekceli, dya memg minat kt jackie chan..suke sgt3 filem2 aksi die..xkire la filem lame or baru, sume best..macam kite semua sedia maklong, jackie chan ney sowg yg keras ati sikit sbb die nak wat sndiri aksi2 lasak cm lawan2, mlompat dr bgunan ke bgunan...sume die nak wat sendiri tnpa stuntman..smpai byk kali gak die cedera mase  shooting..really impress la wif him..paper ariny ade tulis yg die akan berlakon wat kali terakhir dlm filem aksi die..jum bace same2-


Filem aksi terakhir Jackie Chan
Susunan Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
2012/06/16

pix_gal0
TIADA lagi filem aksi buat Jackie Chan, malah Chinese Zodiac yang juga produksi ke-100 dibintanginya menjadi produksi aksi terakhir yang dijayakannya.

“Ia adalah filem adalah filem aksi terakhir lakonan saya,” kata aktor berusia 58 tahun itu pada sidang media yang diadakan di Cannes, baru-baru ini.
“Saya sering bertanya kepada diri, berapa lama lagi mampu bertahan? Saya bukan lagi muda. Saya sudah terlalu letih,” katanya disulami tawa, menterjemahkan peribadinya yang mesra dan mudah didekati.
Saya belum bersara. Cuma ini filem aksi terakhir saya tetapi saya masih lagi mahu berlakon. Saya berharap lebih ramai pengarah akan mendekati dan menawarkan saya watak dalam filem muzikal. - Jacky
Selain faktor usia, superstar antarabangsa yang sering melakonkan sendiri aksi lasak dalam filem yang dibintanginya juga mempunyai sebab lain mengapa dia mengambil keputusan itu.

Katanya, pengisian keterlaluan terutama di layar kaca dan perak mengubah dunia menjadi kejam lantas membuat dirinya tersepit dan terperangkap dalam dilema.

“Saya menyukai filem aksi tetapi saya membenci keganasan. Dunia hari ini menjadi terlalu ganas,” katanya berharap keputusan itu akan memperluaskan jenama Jackie Chan dengan menggalas watak lebih serius dan dramatik.

Sedikit demi sedikit, kata pelakon kelahiran Hong Kong itu, penonton akan lebih mengenali siapa Jackie Chan yang sebenar. 
“Saya tidak mahu cuma dikenali sebagai pelakon filem aksi, saya ingin khalayak melihat saya sebagai aktor sebenar. Saya mahu menjadi Robert De Niro Asia.

“Saya ingin keluar daripada imej yang selama ini melekat kuat dalam diri saya. Sejak 10 tahun lalu saya cuba mempelbagaikan lakonan seperti The Karate Kid, di mana saya selesa membawakan watak sebagai orang tua.

“Saya mahu audiens mengenali saya bukan sekadar menerusi watak aksi dan komedi kerana saya juga boleh berlakon,” katanya.

Popular dengan kepakarannya menggabungkan seni mempertahankan diri dan komedi slapstik, Chan ketika ini memegang rekod dalam Guinness Book of World Records sebagai pelakon paling banyak melakonkan aksi.

Memulakan karier lakonan sebagai pelakon lagak ngeri dalam filem Bruce Lee, Fist Of Fury (1972) dan Enter The Dragon (1973), Chan berkata, keinginannya itu bukan bermakna dia ingin berundur daripada dunia lakonan.

“Saya belum bersara. Cuma ini filem aksi terakhir saya tetapi saya masih lagi mahu berlakon. Saya berharap lebih ramai pengarah akan mendekati dan menawarkan saya watak dalam filem muzikal.
Barangkali ramai yang sudah lupa, saya juga seorang penyanyi yang baik. Malah saya juga berharap dapat beraksi dalam filem sains fiksyen atau cinta,” katanya.

Chan tidak menafikan pada usianya sekarang, dia perlu lebih berhati-hati dan memikirkan risiko yang terpaksa ditanggung setiap kali melakonkan aksi lasak yang mengancam nyawanya. 

“Saya terlalu banyak mengalami kecederaan, membuatkan saya perlu lebih berhati-hati jika ingin meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” katanya.
Chan dalam autobiografi, I Am Jackie Chan mengakui pernah berdepan pelbagai kecederaan termasuk pendarahan otak yang hampir meragut nyawanya ketika membintangi Armor Of God.

Dia juga hampir kehilangan penglihatan ketika beraksi di set Drunken Master, malah hidungnya pernah tiga kali patah ketika berlakon dalam tiga filem berbeza.


Dikenali sebagai seorang yang sederhana, malah sering melemparkan senyuman, Chan mengakui, dia tidak akan bertolak ansur dengan pelakon yang berlagak diva ketika di lokasi penggambaran.

Siapapun mereka katanya, apabila di lokasi dia akan melayani semua yang terbabit sama rata tanpa mengira kedudukan.

“Saya tidak peduli sebagus manapun seseorang pelakon itu. Memang saya menyenangi pelakon yang punya bakat tetapi personaliti itu lebih penting.

“Bukan hanya di depan, personaliti di belakang kamera juga memainkan peranan penting. Saya tidak suka pelakon yang mempunyai nama besar, memberikan persembahan terbaik tetapi di belakang meminta bukan-bukan.

“Saya benci orang seperti ini. Saya sama seperti orang lain, tiada perbezaan. Saya tetap akan makan semeja dengan semua orang di lokasi, semua kena bersama,” katanya.

Galak anak berlakon

KETIKA tayangan perdana filem aksi komedi, Double Trouble, Jackie Chan hadir memberikan sokongan kepada anaknya, Jaycee Chan atau Fong Cho Ming yang buat kali pertama bekerjasama dengan pengarah baru Taiwan, Chang Hsun-Wei.

Mengulas mengenai anaknya, Chan berkata, dia sering memikirkan pelbagai kekurangan dan kelemahan yang dimiliki Cho Ming namun kebelakangan ini, persepsi negatif itu mula beransur pergi.

“Ramai menjerit dan memarahi saya kerana di mata mereka, Cho Ming berada di atas landasan yang betul. Saya masih teringat bagaimana Will Smith melayani anaknya ketika penggambaran The Karate Kid.

“Ia menyedarkan saya supaya menukarkan cara pemikiran saya. Bermula hari ini saya harus mengakui, Cho Ming ialah yang terbaik. Tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengkritiknya,” katanya.

p/s: papepown, JACKIE CHAN the best..love.

No comments:

Post a Comment